Kenapa Aku Malas Layan Call
First aku nak minta maaflah sekiranya post kali ini boleh menyebabkan anda berasa kurang selesa dan sebagainya.
Seperti tajuk macam kat atas tu, kenapa aku malas sangat nak layan orang kalu ada yang call nak tanya kepastian, keuntungan la, nak tahu lebih pasal eloadonline ini la…sebab aku dah penat melayan orang - orang sebegini ada sampai orang cakap aku ni tak profesional dan sebagainya.
Ok..FYI aku ni masih lagi student dan masih menuntut ilmu kat IPT. So aku tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengikuti perkembangan semasa Eloadonline ini. Ada yang bertanya, oke ke EloadOnline ni??Ada limit topup ke??Server camne??kerap down ke?? Tu la soklan yang hampir 80% tanya kepada aku. Tetapi aku tidak menyalahkan mereka… ye la mereka inginkan yang terbaik dalam usaha mereka memperkembangkan perniagaan mereka.
Seperti yang aku cakap tadi la, aku ini adalah student dan tiada masa yang sepenuh untuk mengikuti perkembangan EloadOnline. Ye la…kot gamatnya hari tu server down, aku cakap kat customer server oke, cam ni la, bagus la, baru lagi, tapi lain pulak jadinya.
So aku nak tengahkan kat sini, hal-hal seperti itu kekadang bukan di dalam bidang kuasa aku dan kekadang bukan kehendak kita. Mungkin semasa aku join dulu, server ok…cun dan topup pun cepat masuk…tu aku seorang, kalu dah ramai yang masuk, korang pikirlah sendiri, cam mane dengan operasi server tu??
Satu lagi kekadang bukan kerana server syarikat gak, kekadang tu masalah daripada pihak operator seperti Maxis, Celcom dan DiGi. Semua itu bukan dalam bidang kuasa aku…so aku harap korang faham la sendiri.
Lagi satu, ada sesetengah customer ini nak lebih kepastian dan nak suruh diceritakan lebih lanjut tentang syarikat ini…aduh…tak cukup lengkap lagi ke maklumat yang terkandung didalam website ini?? Letih aku cuba bangunkan website ini tetapi ada customer yang tidak dapat mengikut/mendapat maklumat daripada website aku ini…sedih bangat aku rasanya.
Kalu cam tukan, baik tak payah aku buat website sebab ramai customer tak faham. Tapi mungkin aku juga silap. Mungkin aku buat website ini syok sendiri…(maybe not) so tu la gunanya aku sediakan tepat letak komen…untuk anda bagi cadangan dan komen tentang website ini.
Mane yang tang x tak elok tu bak sini la bagi tahu…jangan la just lalu tengok jer…OK…aku bukan nak marah tapi cuba bagi maklumat kat anda semua.
Lagi satu pasal customer nak kepastian tu?Aku pun peliklah, belum cukup kepastian ke lagi pasal website ini??kalu anda Google, EloadOnline, berlambak keluar info pasal website eloadonline dan MNi tu. Website ini pulak adalah usaha saya untuk menjana pendapatan sampingan saya. Ye la…kitakan student…kena la sedar diri.
So, aku bukan tak nak jawap call korang tetapi aku malas nak jawapan pertanyaan yang rasanya dah terjawab ada didalam website aku ini. So aku berharaplah anda buat carian la dulu dan kalu betul2 la tidak ada jawapan di dalam website ini, bolehlah cuba utk SMS aku. Kalu nak call pun tak payah la, sebab kekadang masa anda call tu tidak kena pada masanya.
So apa salahnya anda SMS jer kat saya, kalu saya ada dalam kelas pun boleh jawab lepas kelas tanpa kena “belasah” dengan lecturer. Dan kalu anda betul2 tidak yakin dengan saya, anda boleh terus pergi ke website EloadOnline..
Kehidupan sebagai student ini susah gak bila terlibat dengan dunia perniagaan macam ini.
Aku harap anda semua memahami keaadaan sebenar aku.



You must be logged in to post a comment.